p/s: zaman sekarang mcm2 jnis org ada...nmun bgimana para pendakwah y hatinya ikhlas ni ingin menyampaikan dakwah dgn berkesan???kta org dlm dunia ni msti ada pro & kontra nya..jd bila org panas lwn ny sejuk..bgitu juga y lain2...
Memetik kata-kata tokoh yang disegani dalam dunia dae’ iaitu Dato Dr
Sidek Fadzil yang berbunyi “Ulama perlu menguasai ilmu FIQH NAS dan FIQH
REALITI”. Fiqh nas yang tidak brubah dan fiqh realiti y sentiasa berubah
mengikut arus zaman.
Jadi disini perlu diingati jika seseorang itu hebat mana pun ilmu
agamanya, tp xmampu nk sesuaikan hukum hakam itu mengikut aliran zaman maka
pendapatnya akan dinilai xkena tempat.
Saya mengambil contoh tentang gaya belajar, adakah teknik guru mengajar
dulu dan sekarang sama…semestinya TIDAK..namun aktiviti-aktiviti pengajian
agama segelintirnya masih sama dan pendekatan utk dakwah juga sama seperti yang
dilakukan pada masa dahulu..
Tidak dinafikan banyak ustaz yang sudah menggunakan teknologi sbg
pembantu dakwah mereka…tahniah diucapkan..
Merungkai kisah nabi Ibrahim a.s. menghancurkan berhala yang memberi
kesan kepada dakwah baginda dan akhir ny kisah ini dicatat dlm surah al-anbiya’
ayat 51-70. (rugi klu xthu cerita ni)
Adalah tanggungjawab seorang Islam untuk mengajak kepada kebaikan dan
menjauhi kemungkaran walaupun kita hanya tahu tentang hukum arak itu haram…itu
pun wajib utk dibagitahu kepada yang tak tahu atau pun dah tahu utk peringatan…
Jadi bagaimana kita nak memberitahu ttg hebatnya solat ataupun yang
lain…Cuba kita lihat jika para-para makcik ataupun para-para
gossipers…bagaimana mereka menyebarkan gossip???
“…eee ko tau tak, semalam anak Pak
A pakai seluar terbalik…”
Dengan espresi mukanya, gaya cakapnya,sgt bersungguh2 walaupon dah
sekampung dia mencanang isu tersebut.
Dan situasi untuk berdakwah rata-rata ayatnya begini..
“Kita kena solat sebab ia wajib.
Untuk mendekatkan diri kepada Tuhan kalau tak solat berdosa kita ni.”
Jadi Kita sepatutnya berbicara ttg solat dgn ekspresi yang mantap
sebegini…
“Solat itu sgt2 la penting bagi umat Islam…klu kamu nak
tahu solat ni bukan saje2 je wajib tau…kamu kan suka bersenam, sbnrny klu kita solat
betul2 ikut caranya dah xpyh bersenam dah fit..sebab ikut kajian kelebihan
solat ni byk…cergaskan otak sebab pengaliran darah ke otak, pastu dgn rukuk dan
sujud sendiri dapat merawat dan mencegah penyakit tua mcm ghout,darah
tinggi,buah pinggang dll…Lg pon klu xsolat kena masuk neraka saqqar..api dia dah
la berkali2 ganda dr api dunia..”
Mangapa Islam sangat menyuruh
para wanita menutup aurat melebihi lelaki..jawapannya wanita itu sendiri sgt
berharga.. dalam dunia ni sy tidak pernah melihat benda berharga seperti emas
dijual diluar bekas atau digantung di luar kedai..mesti diletakkan didalam peti
kaca…apakah erti itu???
Untuk memastikan dakwah kita berkesan…semestinya ilmu sgt
diperlukan, namun pastikan ia nya
digunakan dgn cara yang sesuai dgn gaya zaman sekarang..yang penting jgn SKEMA,
TERLALU IKOT PERASAAN SENDIRI atau MEMANDANG RENDAH akan orang lain..
Cintailah Kritikan dan Bencilah
Pujian…moga-moga pengupasan saya dapat memberi sedikit sebanyak ilmu dan
pembuka minda kepada anda..
No comments:
Post a Comment