Wednesday, February 13, 2013

Perkampungan Menara Gading kali ke 13 berHANTU???


PMG'13 telah pun melabuhkan tirainya..namun bagi peserta, ada tanggungjwab perlu dipikul..bagi penggerak pula..kerja sebenar baru je bermula....sedikit celoteh berkenaan PMG yang berhantu ni...

Pernah kita terfikir kita akan dapat rasa yang kita ni sangat-sangat la dihargai???
Bila kali terakhir kita MELUAHKAN rasa cinta kita pada EMPUNYA DUNIA??RASULULLAH??
Banyak main-main pun still ada gak orang yang akan sentiasa mengingatkan kita pada ASAS kita…
Permudah ceritanya begini, hidup yang ceria sambil dipayungi Rahmat ALLAH membuat kita tak penah puh rasa nak stress….sentiasa je tenang walaupun ada masalah…solat cukup,ibadah lain sentiasa skor,bangun malam dengan kerelaan sendiri, segala-galanya santai dan padat dengan INPUT yang mudah diterima….




 
(memetik kata PRESIDEN PEPIAS-AHMAD FAWWAZ  “begini lah kurniaan KETENANGAN kepada hamba Allah yang patuh, kaya mcm mana pon tak guna klu tak de ketenangan..)







Berdasarkan respon yang diterima,rata-ratanya begini:
           


Lebih 150 orang Peserta...dan 64 tenaga Penggerak..



Peserta : "tak cukup la 4 hari, 3 malam….tapi kenal kwn2 kt sni mcm da bertahun-tahun.."

Tenaga Penggerak..
             

Komiti : "banyak penggerak collaps tapi dengan semangat permudahkan jangan susahkan segala-galanya MAMPU..rehat tak cukup tp still tak puas lagi bersama adik-adik.."            













Ust Muhammad : "KEHEBATAN sebuah perjuangan itu apabila ia BERSAMBUNG…
cabarannya,bagaimana kita nak pastikan ia bersambung.."

Saudara Helmi   : "Masa muda-muda ni la nak ALL OUT, tentang DUIT,PENCERAMAH dan sebagainya jangan risau…kita ikhlas je & Allah akan tentukan"







Abang K. : "Kita buat sehabis baik & seikhlas mungkin sbb kita kena tahu generasi yang akan bentuk anak-anak kita ialah ADIK-ADIK ini…"

Heliza Helmi : "Saya memuji PEPIAS & PMG kerana menyediakan satu landasan bagi adik-adik sbg landasan untuk memilih jalan hidup."

En Radin Imanuddin  : "Hidup berjemaah sangat penting sebagai medan dakwah,teruskan ingat mengingati."

Diana Amir: "banyak yang saya dapat sebenarnya,saya harap adik-adik gunakan ilmu semaksimum mungkin kerana itulah beza orang berilmu dan tidak."





Akhir sekali nasihat dr Pengarah PMG'13
Mohamad Hazwan Shah: "Kita semua merupakan KHALIFAH, semua kena tahu peranan masing-masing..semangat menyumbang kena ada..jangan jadi mahasiswa 4K iaitu kafe, katil, kuliah, kawan....








bagi pihak admin pula...ingin memetik sepotong hadis iaitu " barang siapa yang tidak mengambil peduli tentang hal umatnya, maka dia bukan dr kalanganku" perghhh....ini gawat beb...INGAT!!! manusia pertama yang dibangkitkan ialah JUNJUNGAN BESAR KITA NABI MUHAMMAD...kita sgt perlukan KEPEDULIAN baginda(SYAFAAT)...

JUTAAN KEMAAFAN DIPOHON...jika sepanjang program telah mengguris hati anda..sesungguhnya yang baik datangnya dr Allah dan yang buruk datang dr kelemahan kami...






disediakan juga pge fb buat pengikat ukhwah sesama smua y tlibat dlm PMG'13....y x terlibat pon ok je..leh sharing2 ilmu...Warga PMG'13


 Video berkaitan:_____________________________________________________________





Sunday, November 11, 2012

Pendakwah Mesti Kreatif



p/s: zaman sekarang mcm2 jnis org ada...nmun bgimana para pendakwah y hatinya ikhlas ni ingin menyampaikan dakwah dgn berkesan???kta org dlm dunia ni msti ada pro & kontra nya..jd bila org panas lwn ny sejuk..bgitu juga y lain2...

Memetik kata-kata tokoh yang disegani dalam dunia dae’ iaitu Dato Dr Sidek Fadzil yang berbunyi “Ulama perlu menguasai ilmu FIQH NAS dan FIQH REALITI”. Fiqh nas yang tidak brubah dan fiqh realiti y sentiasa berubah mengikut arus zaman.

Jadi disini perlu diingati jika seseorang itu hebat mana pun ilmu agamanya, tp xmampu nk sesuaikan hukum hakam itu mengikut aliran zaman maka pendapatnya  akan dinilai xkena tempat.

Saya mengambil contoh tentang gaya belajar, adakah teknik guru mengajar dulu dan sekarang sama…semestinya TIDAK..namun aktiviti-aktiviti pengajian agama segelintirnya masih sama dan pendekatan utk dakwah juga sama seperti yang dilakukan pada masa dahulu..
Tidak dinafikan banyak ustaz yang sudah menggunakan teknologi sbg pembantu dakwah mereka…tahniah diucapkan..

Mengikut Psikologinya, manusia perlukan SEBAB untuk BERTINDAK..misalnya…




Merungkai kisah nabi Ibrahim a.s. menghancurkan berhala yang memberi kesan kepada dakwah baginda dan akhir ny kisah ini dicatat dlm surah al-anbiya’ ayat 51-70. (rugi klu xthu cerita ni)




Adalah tanggungjawab seorang Islam untuk mengajak kepada kebaikan dan menjauhi kemungkaran walaupun kita hanya tahu tentang hukum arak itu haram…itu pun wajib utk dibagitahu kepada yang tak tahu atau pun dah tahu utk peringatan…

Jadi bagaimana kita nak memberitahu ttg hebatnya solat ataupun yang lain…Cuba kita lihat jika para-para makcik ataupun para-para gossipers…bagaimana mereka menyebarkan gossip???

“…eee ko tau tak, semalam anak Pak A pakai seluar terbalik…”
Dengan espresi mukanya, gaya cakapnya,sgt bersungguh2 walaupon dah sekampung dia mencanang isu tersebut.


Dan situasi untuk berdakwah rata-rata  ayatnya begini..

“Kita kena solat sebab ia wajib. Untuk mendekatkan diri kepada Tuhan kalau tak solat berdosa kita ni.”


Jadi Kita sepatutnya berbicara ttg solat dgn ekspresi yang mantap sebegini…

“Solat itu sgt2 la penting bagi umat Islam…klu kamu nak tahu solat ni bukan saje2 je wajib tau…kamu  kan suka bersenam, sbnrny klu kita solat betul2 ikut caranya dah xpyh bersenam dah fit..sebab ikut kajian kelebihan solat ni byk…cergaskan otak sebab pengaliran darah ke otak, pastu dgn rukuk dan sujud sendiri dapat merawat dan mencegah penyakit tua mcm ghout,darah tinggi,buah pinggang dll…Lg pon klu xsolat kena masuk neraka saqqar..api dia dah la berkali2 ganda dr api dunia..”

Mangapa Islam sangat menyuruh para wanita menutup aurat melebihi lelaki..jawapannya wanita itu sendiri sgt berharga.. dalam dunia ni sy tidak pernah melihat benda berharga seperti emas dijual diluar bekas atau digantung di luar kedai..mesti diletakkan didalam peti kaca…apakah erti itu???

Untuk memastikan dakwah kita berkesan…semestinya ilmu sgt diperlukan,  namun pastikan ia nya digunakan dgn cara yang sesuai dgn gaya zaman sekarang..yang penting jgn SKEMA, TERLALU IKOT PERASAAN SENDIRI atau MEMANDANG RENDAH akan orang lain..

Cintailah Kritikan dan Bencilah Pujian…moga-moga pengupasan saya dapat memberi sedikit sebanyak ilmu dan pembuka minda kepada anda..